Thursday, December 19, 2013

PENING KEPALA NAK BELI RUMAH UNTUK KALI PERTAMA? (PART 1/2)

SAYA ADA PANADOLNYA BERSERTA MINYAK CAP KAPAK :-)

Assalam kawan-kawan. Semoga kita semua sihat dan bahagia, kaya dan berjaya.

Alhamdulillah. Syukur. Masih dapat menggerakkan jari-jari kaki dan tangan di kala ada orang lain yang tidak lagi dapat menggerakkannya.

Saya ada terima beberapa PM dari kawan-kawan yang ingin membeli rumah pertama tapi bertugas di tempat lain dan bertanyakan soalan.

Suka saya berkongsi salah satu soalan tu di sini agar ianya memberi manfaat kepada orang lain.

1. Saya bertugas di satu tempat ni dan sudah menyewa hampir 5 tahun. Oleh kerana saya tak tahu berapa lama saya akan tinggal di sini maka saya tidak mahu membeli rumah sendiri lagi. Tapi bila memikirkan yang duit sewa rumah yang saya bayar setiap bulan tapi rumah masih milik orang lain , saya berasa rugi pulak. Soalannya, perlukah saya terus menyewa atau beli rumah sendiri di tempat saya bertugas ?

Pada pendapat saya dengan ilmu dan pengalaman yang ada, suka saya nak tuan puan melihat dari berbagai perspektif dan senario.

Sebab tiada satu jawapan yang tepat untuk soalan tu. Sebab mana la saya tau kawasan tu. Sebab saya dok Penang, nasi kandaq dan pasemboq saya tau laaa. Berapa banyak sebab laaa… :-)

“Landlords grow rich in their sleep.”
-John Stuart Mill

OMBR : Mana Panadol dan Minyak Cap Kapak, Yusman? Malam ni saya bagi sebelum tidoq. Baru boleh lena diulit mimpi miliki banyak rumah. Ameeeen ;-)

1 comment:

  1. Salam,

    Cik Man, nak tanya pendapat.saya baru 1st time nk cuba bid lot kedai keluasan 300sqft RM47k with market value 90k. adakah berbaloi?

    ReplyDelete