Monday, January 20, 2014

KEPAKARAN SAYA

Bismillah. 

Izinkan saya berkongsi ye kawan2 dan sahabat2.

Kepakaran saya adalah membantu pekerja biasa yang makan gaji untuk membuat keuntungan melalui pelaburan hartanah dengan memiliki banyak rumah. 

Inilah kepakaran saya. 

Anda pernah mengalami masalah takut untuk melabur dalam hartanah dengan membeli rumah lebih dari satu?

Saya pun mempunyai masalah yang sama sebelum ni. 

Memandangkan saya pun bekerja makan gaji, saya rasa amat sukar untuk melabur dalam hartanah kerana perlu membuat pinjaman bank. 

Alhamdulillah saya telah membeli hampir 30 buah rumah. Separuh telah saya jual untuk jana keuntungan dan saya masih memiliki berbelas buah rumah hari ini yang saya sewakan kesemuanya. 

Nilai kesemua hartanah saya adalah jutaan ringgit. 

Bagaimana saya selesaikan masalah ini ialah dengan membaca hampir 50 buah buku kewangan dan pelaburan hartanah dan menghadiri hampir 10 sesi seminar pelaburan hartanah. 

Ini adalah hasil yang saya dapat setelah melabur untuk mendapatkan ilmu dalam pelaburan hartanah. 

Kalau dulu orang kata pelaburan hartanah hanya untuk orang kaya dan mempunyai modal yang banyak, tapi sebenarnya tidak. 

Apa yang anda boleh cuba ialah mengkaji harga rumah anda sekarang berbanding dengan harga anda beli dahulu. Adakah harga makin meningkat atau sebaliknya. 

Kesilapan ramai orang adalah tidak mahu melabur untuk mendalami ilmu pelaburan hartanah sebaliknya lebih berminat dengan skim pelaburan cepat kaya dan akhirnya kerugian. 

Apa yang patut anda lakukan sekarang ialah dengan menghubungi saya untuk khidmat nasihat percuma tentang pelaburan hartanah. 

Anda pasti terkejut dengan potensi yang ada dalam pelaburan hartanah di mana tidak ramai orang melayu terlibat. 

Sekian. Wassalam. Semoga kita semua kaya dan berjaya. 

1 comment: