Thursday, November 7, 2013

MADAH SELOKA : BUAT KERJA HANYA SEKALI TAPI.......

MADAH SELOKA : BUAT KERJA HANYA SEKALI, DAPAT UNTUNG BERKALI-KALI
=================================================================

Izinkan saya bermadah seloka, agar hidup kita ceria :-)

Assalam kawan-kawan, tuan-tuan dan cik puan semoga sihat bahagia.
Jangan pulak di salah sangka, ini bukan skim cepat kaya.
MLM pun bukan mahupun bisnes yang hampir sama dengannya.

Ini cerita untuk buka minda kita,
Buat yang masih bekerja macam saya,
Hari-hari pergi kerja tapi tak jugak kaya-kaya :-)

Jangan diingat sumber rezeki hanya dengan makan gaji,
Di luar sana macam-macam cara orang beroleh rezeki,
Mengapa kita hanya ada satu sumber rezeki?

Ada satu kerja ni, buat sekali, untung berkali-kali,
Bagi sewa rumah, penyewa yang bayar kita gaji,
Dijaganya rumah kita, diberinya kita rumah free lagi :-)

Ada satu kerja lagi, beli rumah dan jual kembali,
Buat untung bersamaan setahun punya gaji,
Setiap tahun hanya satu rumah perlu dibeli dan dijual kembali.

Kita masih kerja macam biasa makan gaji,
Yang penting apa kita buat lepas kerja dan waktu cuti,
Kita perlu tambah aset di kala orang lain tambah liabiliti :-(

Madah seloka ini mungkin tak bermakna dan tak bererti,
Buat mereka yang tak memahami apa itu aset apa itu liabiliti,
Ramai orang tak mahu menimba ilmu dan tak mahu ambik peduli :-(

Teruskanlah hidup dengan makan gaji,
Teruskanlan hidup menambah liabiliti,
Teruskanlah hidup begini bersama anak dan suami/isteri :-(

Saya hanya mampu menunjuk jalan,
Berdasarkan ilmu dan pengalaman,
Semoga kita semua beroleh kekayaan dan kejayaan.

Pekerja Banyak Rumah : Saya doakan semoga semua kawan-kawan mempunyai dan akan mempunyai ilmu kewangan dan pelaburan. Insyaallah, dua topik yang cukup bosan tapi menjamin kejayaan dan kekayaan ;-)

No comments:

Post a Comment