Thursday, December 19, 2013

DIVIDEN ASB DIUMUM & RESULT PMR DAH KELUAR

DIVIDEN ASB DIUMUM & RESULT PMR DAH KELUAR

Assalam kawan2. Semoga sihat dan bahagia, kaya dan berjaya.

Alhamdulillah. Syukur dan sentiasa bersyukur. Kita masih dapat berjalan dan berlari, di kala ada orang yang bertongkat dan perlu ada roda di kerusi.

Dividen ASB dah diumumkan oleh PNB. Ramai yang tak puas hati. Tahun lepas 7.75 sen dividen 1.15 sen bonus. Tahun ni 7.7 sen dividen dan 1 sen bonus. Kurang 0.2 sen atau 0.2%.

Duit keluar makin banyak, duit masuk makin sikit. Harga barang meningkat, Inflasi oh Inflasi.

Inflasi menjerat leher kita. Inflasi mengurangkan duit belanja. Inflasi membebankan para pekerja.

Inflasi menggembirakan para peniaga. Inflasi meningkatkan nilai rumah. Inflasi menaikkan nilai tanah.

Inflasi memiskinkan dan Inflasi juga mengkayakan.

Result PMR juga keluar hari ni. Ada yang cemerlang dan ada yang kurang.

Ada yang menangis kegembiraan. Ada yang menangis keputusan tak memuaskan.

Result yang baik bukan penentu kejayaan di masa depan.

Ilmu dipelajari bukan untuk diuji tapi ilmu dipelajari agar kita kenal dan mengerti, yang mana baik dan yang mana buruk, yang mana negatif yang mana positif, yang mana kaca yang mana permata.

Yang penting kita sudah berusaha dan buat yang terbaik. Ibu bapa jangan banding anak sendiri dengan anak orang lain.

Jangan dikeji yang tidak berjaya tapi pujilah kerana sudah berusaha.

Kalau orang tanya dapat keputusan apa, senyum dan jawab Alhamdulillah. Kalau dia tanya lagi, senyum dan jawab boleh lah. Kalau dia tanya lagi, jawab dia dah berusaha sedaya upaya. Kalau dia tanya lagi, kita tahu apa niat di hati yang bertanya.

Kegagalan hari ini tak bermakna tidak berjaya di hari muka.

Sokongan dan dorongan amat berharga buat si anak terus gigih berusaha untuk berjaya di lain arena.

"A" Students Work for "C" Students and "B" Students Work for the Government – Robert Kiyosaki

PBBR : Dapat dividen banyak syukur, dapat dividen sikit syukur, Dapat result cemerlang syukur, dapat result kecundang pun syukur. Bila kita sentiasa bersyukur, Allah akan tambah rezeki lagi dan lagi :-)

No comments:

Post a Comment