Thursday, December 19, 2013

NIN DIA PANADOL DAN MINYAK CAP KAPAK + TIGER BALM + KOK YOK (2/2)

BUAT PENAWAR YANG PENING DAN SAKIT KEPALA NAK BELI RUMAH PERTAMA

Assalam kawan2. Terima kasih sabar menunggu. Semoga kita kaya dan berjaya, sihat dan bahagia.

Alhamdulillah. Syukur banyak2. Kita masih dapat dapat menyuap makanan ke dalam mulut sendiri di kala ada orang lain yang terpaksa minta orang lain tolong suapkan.

Suka saya nak berkongsi 3 senario yang mungkin dapat membantu kawan2 dan sahabat2 kita yang ingin beli rumah kali pertama sewaktu bertugas di tempat lain.

1. Kawasan kurang best. Ada beberapa rumah yang kosong tak terjaga. Tesco & Giant tadak. McDonald dan KFC jauh sekali. Kucing boleh tidur atas jalan lepas pukul 9 malam. Bayar sewa lagi murah dari bayar bulanan bank. Contoh bayar sewa RM300 tapi kalau beli sendiri kena bayar RM500. 5 tahun dulu harga RM100,000 dan kini harga RM110,000. Naik 10% jeee 5 tahun. Setahun 2%.

OMBR : Jangan beli. Teruskan sewa. Cari sewa paling murah. Duit belen yang ada simpan dan simpan dan simpan untuk beli rumah kat tempat lain yang lagi BEST.

2. Kawasan biasa-biasa. Adalah shopping kompleks sikit. Meriah suasana. Banyak rumah dihuni orang. Tak kira penyewa atau tuan rumah. Jarang ada rumah kosong. 5 tahun dulu harga RM100,000 tapi sekarang RM150,000.

OMBR : Beli dan duduk sendiri. Esok kalau nak berhijrah. Boleh berkira-kira untuk sewakan atau jual. Kalau sewa lebih dari bayar bulanan, simpan untuk positif cashflow. Kalau jual dapat lebih RM50K cash, sendiri fikir lah…

3. Kawasan luar biasa. Kawasan HOT. Tesco, Giant, KFC, McD dan segala mak nenek ada. Hari ni penyewa keluar, esok penyewa baru masuk. Hari ni iklan rumah untuk jual atau sewa, call masuk tak berhenti2. Jalan jem selalu. Sesak, padat. Nak parking pun susah. 5 tahun dulu harga RM100,000 sekarang RM200,000. Developer pulak buat rumah baru kat kawasan tu sama besar dengan rumah kita tapi harga RM350,000-RM400,00 lagi 2 tahun siap.

OMBR : Beli dan beli dan beli 2 ke 3 bijik kalau mampu…. Sebab apa? Tak payah lah saya ulas. Contoh baik punya saya dah bagi tu.

“Real estate cannot be lost or stolen, nor can it be carried away. Purchased with common sense, paid for in full, and managed with reasonable care, it is about the safest investment in the world.”
-Franklin D. Roosevelt

OMBR : Terima kasih kepada cik puan yang PM saya. Kerana PM awaklah saya karang panjang hari ni. Semoga saya yang tolong bagi jawapan dan awak yang bertanya dapat sikit pahala dengan perkongsian ini. Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua. Saya doakan buat anda yang belum beli rumah lagi, anda akan temui rumah dalam kategori 3 tu nanti. Ameeen :-)

No comments:

Post a Comment