Monday, December 9, 2013

AMARAN. SILA AMBIL PERHATIAN… PASARAN HARTANAH PENANG MULA BERGELORA :-)



Assalam kawan2. Berita Terkini dari bilik berita Pekerja Banyak Rumah:

Sila baca yang full version dalam English. Kalau malas boleh baca versi BM yang saya bagi ringkasan berita :

http://www.apartment-penang.com/2013/12/penang-homeowners-may-find-it-hard-to.html

Perhatian : Hanya hartanah di Penang akan bergelora. Negeri-negeri lain masih tenang buat masa ini . Cuma sediakanlah “khemah” sebelum hujan.

Mulai Feb 1, 2014

Rumah:
Island < 400k
Mainland < 250k
Tak boleh jual dalam 5 tahun pertama

Rumah awam/kerajaan (low & low medium cost)
< 72k tak boleh jual dalam masa 10 tahun

Kalau nak jual jugak:
1.Mohon kat kerajaan negeri
2.Dapatkan kelulusan
3.Baru boleh jual hanya kepada “pembeli yang layak” yang berdaftar dengan pejabat perumahan.

2% levy (cukai lah tu) akan dikenakan utk SnP yang sign selepas Feb 1, 2014
2% tak kena utk rumah mampu milik

Rehda chairman tak setuju dengan tindakan drastik kerajaan negeri

Pekerja Banyak Rumah : Hmmm menarik. Tuan Syamil ada bagitau 2 hari lepas tapi aku tak baca detail. Terima kasih Tuan Syamil di atas kealertan anda.
Ini masalah atau peluang? Nanti nak kena susun balik portfolio. Yang penting, aku terus fokus apa yang aku boleh kawal dan lihat peluang lain yang lagi banyak : Flip tak boleh, boleh sewa rumah, sublet, pasaran saham, kereta sewa, bisnes lain2….berlambaklah :-)

2 comments:

  1. mohon jelaskan..rumah island<400k beli dari private developer pun x blh jual ke sblm 5thn.tq

    ReplyDelete
  2. Nampaknya begitulah tuan/puan Anonymous.

    Jika terjadi seperti apa yang direncanakan, mulai Feb 1, 2014 rumah yang berharga RM400k ke bawah tidak boleh dijual dalam masa 5 tahun pertama.
    Ini bagi membendung kegiatan spekulator yang beli dan jual rumah semula untuk mengaut keuntungan dalam jangka masa pendek.

    Peraturan ini masih dalam cadangan dan secara peribadi, ada baik dan buruknya. Kita tunggu dan lihat. Semoga membantu.

    ReplyDelete