Siapa Orang Miskin? Orang Miskin ialah pekerja yang makan gaji tetap setiap bulan. Bagaimana boleh ada Banyak Rumah? Insyaallah, makan gaji pun boleh kaya dengan pelaburan hartanah. Ini yang saya ingin kongsikan dengan ramai orang terutama yang bekerja makan gaji macam saya :-)
Wednesday, December 4, 2013
HARGA BARANG NAIK : MENGELUH ITU MUDAH, BERSYUKUR ITU PAYAH
Assalam kawan-kawan. Semoga sihat bahagia, kaya dan berjaya.
Sedikit coretan semoga bermanfaat untuk kita semua sempena semua Harga Barang naik :
1. Mudah : Tarif Tenaga Naik, Bil Letrik Naik. Payah : Tarif Tenaga Naik, Saham TENAGA naik.
2. Mudah : Harga Rumah Naik, Tak Mampu Beli. Payah : Beli Rumah Sekarang, Harga Pasti Naik.
3. Mudah : Harga Petrol Naik, Kenapa Asyik Naik. Payah : Sorang Berdua Naik Motor, Ramai Naik Kereta.
4. Mudah : Harga Gula Naik, Teh Tarik Naik. Payah : Makan Macam Biasa, Order Air Kosong Juga.
5. Mudah : Semua Barang Naik, Gaji Tak Naik. Payah : Gaji Tak Naik, Bersyukur Ada Kerja Ada Gaji.
6. Mudah : Semua Harga Naik, Ini Sistem Kapitalis. Payah : Semua Harga Naik, Peniaga Pelabur Sambut Baik.
Pekerja Banyak Rumah :
Mengeluh Tak Keluar Peluh, Berusaha Pasti Penat Berpeluh.
Mengeluh Tinggal Mengeluh, Berusaha Nampak Cahaya Bersuluh.
Mengeluh Dan Membebel, Hidup Perlu Bersyukur.
Ada Sikit Bersyukur, Ada Banyak Bersyukur.
“Bersyukur Tiada Kasut Di Kala Ada Orang Tiada Kaki”.
Maha Suci Allah…. Ku Panjatkan Kesyukuran PadaMU…
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
semua nak amik mudah.... x mencabar la... x der la warna warni kehidupan...
ReplyDeleteBETUL TU... NAK MUDAH KALAU MASUK WWW.MUDAH.COM :-)
ReplyDelete