Tuesday, November 26, 2013

ILMU + PENGALAMAN + ANALISA TERPERINCI = KEPUTUSAN PANTAS (Bahagaian 2/3)

Assalam kawan-kawan. Semoga sihat dan bahagia, kaya dan berjaya. Kita sambung Bahagian 2.

Contoh baru2 ni aku try nak beli kedai 2 tingkat harga RM333k. Ada rebat 5%, campur emas 50g dia nak bagi, lebih kurang harga dia RM310k.
Aku bayar booking RM200. Lepas tu pi tengok lokasi sebenar kedai tu.
Selepas ditinjau kedai tu, didapati :
1. Banyak kedai yang masih belum dibuka.
2. Traffic flow very low. Maksudnya, kawasan tak meriah.
3. Populasi penduduk sekitar tak cukup untuk merancakkan ekonomi kedai2 kat situ.
4. Rumah kediaman masih banyak kosong.
5. 5 km dan 10 km radius kawasan kedai tu tiada pembangunan.
6. Sewa rendah. Kedai bawah boleh dapat RM800, kedai atas RM400. Total RM1200. Loan RM1600. Negatif cashflow RM400. Still menepati target aku. Itu kalau ada penyewa, kalau tadak penyewa atau dapat penyewa “liat”, tiap2 bulan keluar RM1600. Fuhhh, boleh sesak nafas ni.
7. Malangnya, aku tak mau hold kedai ni lama. 2-3 tahun nak jual. Aku dapat rasakan nak jual nanti tadak buyer nak beli. Kawasan tak best. Atau harga tak meningkat.
8. Agent nak jual tu cakap, nanti nak ada kedai baru di bina, macam phase 2 lah. Harga RM400 ke RM500 ke atas. Dia cakap nanti boleh jual harga macam tu.
9. Cit, poodah. Kedai sebijik ni kalau betul2 bagus dah lama orang beli. Kenapa tak terjual? Aku ada tanya, dia kata Tauke kedai kain dah beli tapi loan tak lepas. Masalahnya, macammana aku nak mengesahkan kata2 dia ni. Entah betul entah tidak.
10. So aku buat keputusan selamat tinggal kepada kedai 2 tingkat ni dan selamat hangus RM200 duit deposit aku.
11. Tujuan aku bayar RM200 sebagai nak secure je booking mana tau kedai ni betul2 boleh buat duit. Grab dulu dan apa sangat lah RM200 kalau nak buat untung RM20K –RM200K.

No comments:

Post a Comment