Thursday, October 24, 2013

MAKAN GAJI SUSAH NAK KAYA...

Assalam kawan-kawan, tuan-tuan dan cik puan. Semoga kita sentiasa sihat dan bahagia, walau apa jua cabaran dan rintangan yang melanda…

Saja aku nak berkongsi apa yang aku buat kelmarin lepas waktu kerja 5.30 petang. Niat aku berkongsi untuk mengajak kawan-kawan yang sama macam aku, yang masih bekerja makan gaji, untuk melihat wang dan pendapatan dari perspektif yang lebih berbeza dan lebih luas.

DIARI “Pekerja Banyak Rumah” 23 OKT 2013 selepas 5.30 petang :
===============================================================

5.30 petang : Keluar office. Hujan. Jalan jem gila. Tahap kura-kura.
6.30 petang : Pi duplicate kunci kat Sunshine Bayan Baru.

7.00 malam : Jumpa bakal penyewa yang merayu-rayu nak sewa rumah aku. Ambik IC photostat penyewa-penyewa. Senaraikan inventori dalam rumah. Tunjuk kat penyewa cara guna. Ambik deposit sewa RM750, sewa RM750, deposit utiliti RM500. Total RM2,000. Bagi resit. Penyewa : Orang tempatan. Gadis-gadis bujang yang aku rasa berat hati nak balik lepas ambik duit :-)

7.30 malam : Maghrib di Surau Bayan Baru mohon diteguhkan iman 
7.50 malam : Terus ke Mydin di BJ Kompleks. Beli cadar baru dan sarung bantal baru. Beli coklat Kit Kat 3 bungkus.
8.30 malam : Pergi rumah sewa untuk tukar cadar baru. Spray Febreeze bagi wangi. Pastikan rumah tip top.
9.00 malam : Call bakal penyewa cakap aku dah sampai. Sila datang rumah dengan kadar segera.

9.10 malam : Penyewa datang dan tengok rumah. No komen. Puas hati. Aku senaraikan inventori. Ambik deposit sewa RM950, sewa RM950, deposit sewa RM500. Total RM2,400. Bagi resit.

(Dia boleh gelak aku bagi resit . Kata beliau : “I have been renting for 6 years here and this is first time I get receipt from my landlord”. Aku cuma senyum. Dalam hati aku kata : “Ini tuan rumah Jutawan. Nak jadi jutawan kena serius dalam bisnes”. (Penyewa dari India. Suami isteri anak sorang)

9.30 malam : Terserempak seorang penyewa aku. Tanya dia apa khabar? Masalah settle? Masalah dia aku dah settlekan. Seronok tengok dia gembira. Senyum sampai telinga. (Penyewa Bangla + Pakistan. Mereka berperang, aku dah damaikan ).

9.40 malam : Keluar dari Kondo tu. Bagi Coklat Kit Kat 3 bungkus yang aku beli tadi kat Pak Guard . (Ingat : Bila kita suka memberi, lebih banyak Allah akan beri)

10.00 malam : Sampai rumah. Mandi & Solat. Melawak dengan anak-anak dan isteri.
11.00 malam : Tidoq lah … apa mau buat lagi. Esok nak pi kerja macam orang lain. (Aku tidoq lena pasai dalam 1 hari dapat RM4,400 :-))

Orang Miskin Banyak Rumah : Pesanan ikhlas aku, “Apa yang kita buat 8am-5.30pm tak akan menjadikan kita kaya, Apa yang kita buat selepas 5.30pm dan weekend boleh menjadikan kita kaya :-)”.

1 comment:

  1. Insyaallah.. sy akan turuti jejak langkah tu...
    Terima kasih atas perkongsian... :)

    ReplyDelete