Friday, October 18, 2013

BUKAN SENANG NAK SENANG NAMUN YANG PAHIT AKAN MANIS AKHIRNYA...


Assalam kawan-kawan. Semoga sihat dan bahagia hendaknya. Ingin aku berkongsi dengan kawan-kawan tajuk kat atas ni.

Suatu ungkapan yang mudah disebut tapi amat mendalam maknanya. Kalau kawan-kawan dah tengok video seorang wanita yang tidak merelakan rumahnya dibeli oleh orang secara lelong, pasti anda faham maksud ungkapan di atas dengan jelas sejelasnya :-)

Izinkan aku bermadah seketika....

JANGAN DIPANDANG YANG INDAH SAJA KERANA SETIAP KEINDAHAN ADA PROSES SUKAR YANG TELAH DILALUINYA....

JANGAN DIPANDANG INDAHNYA KEPAK SI RAMA-RAMA KERANA IA MENYABUNG NYAWA UNTUK KELUAR DARI KEPOMPONGNYA...

JANGAN DIPANDANG BESTNYA PEKERJA BANYAK RUMAH KERANA PEKERJA INI PERNAH MELALUI PAHIT GETIR LIKU CABARANNYA...


Antara Pengalaman Pahit Yang Manis Akhirnya :
==============================================

1. Yang Pahit : Rumah yang aku beli UNDER CONSTRUCTION : MPSP, Polis, Jentolak, Pekerja bawak Penukul besi datang untuk merobohkan sebahagian rumah yang aku bina secara haram. Hampir 40 orang yang datang dan jiran-jiran dapat berita live terus dari lokasi kejadian :-)
Yang Manis : Rumah ni aku beli RM325K dan kini harganya RM700K selepas ~5 tahun. Rumah yang aku tak pernah duduk. Sewakan jeee

2. Yang Pahit : Rumah yang aku beli secara SUB SALE : Ditipu si tukang kontraktor (orang kita) tak banyak RM30K jeee. Duit habis rumah tak siap. Menghilangkan diri.
Yang Manis : Rumah ni aku beli RM240K. Ditipu RM30K. Gedebak gedebuk kos-kos lain lagi RM30K. So semua sekali RM300K. Aku dah jual pun rumah ni dengan harga RM380K. Alhamdulillah masih untung RM80K dalam masa setahun walau ditipu. Aku doakan semoga kontraktor tersebut insaf, kaya dan berjaya dunia akhirat. Aku halalkan duit aku yang hangus RM30K dunia dan akhirat.

3. Yang Pahit : Rumah yang aku beli secara LELONG : Kalau video perempuan ni pun kita tengok takut, kes aku lagi teruk... Yang Manis : Nantilah aku cerita hari Ahad nanti.... Mana aci cerita dalam Facebook. Tadak emosi dan feel...

ORANG MISKIN BANYAK RUMAH : Jangan pula ada yang terkejut kalau air mata aku mengalir tatkala aku menceritakan kisah no 3 tu nanti pada hari Ahad ini :-)

2 comments:

  1. blog, bukan facebook la..
    hehehe

    ReplyDelete
  2. Biasa lah tu... copy & paste jee :-). Thanks for the comment. Appreciate it.

    ReplyDelete