Sunday, October 20, 2013

ALHAMDULILLAH. SESI PERKONGSIAN “PEKERJA BANYAK RUMAH” BERJALAN LANCAR

Assalam kawan-kawan semua. Semoga sihat dan bahagia, kaya dan berjaya hendaknya.

Alhamdulillah. Sesi perkongsian "Pekerja Banyak Rumah" berjalan lancar hari ini. Bermula pada pukul 8.30am-1tgh.

Tak sangka pulak aku hampir 30 yang berdaftar dan hampir semua hadir. Ada yang datang dari Jitra. Terharu aku...

Semoga apa yang aku kongsikan pada hari ini dapatlah ianya memberi sedikit inspirasi buat semua yang hadir. Insyaallah, kalau ada rezeki dan kesempatan di lain kali, kita akan berjumpa lagi. Terharu jumpa rakan-rakan lama dan baru.

Aku mohon maaf andai ada salah dan silap, terkasar bahasa, tersinggung perasaan sepanjang aku berkongsi tadi. Maaf jua yang aku pinta andai ada timbul rasa riak dan sombong semasa aku bercerita pengalaman2 aku dalam pelaburan hartanah.

Mungkin ada ayat yang tak sedap didengar yang keluar dari mulut aku tadi. Maklumlah ini pertama kali aku bongkarkan rahsia diri. Harap Maaf sekali lagi :-)

Aku berharap semua yang hadir pada sesi hari ni agar terus menimba ilmu pelaburan hartanah dan lain-lain pelaburan dan yang penting sekali ilmu kewangan. Aku juga doakan kejayaan buat semua tidak kira apa saja bidang dan kerja yang kita lakukan pad hari ini. Amin.

Pekerja Banyak Rumah : Walaupun kita hanya makan gaji, Insyaallah kita mampu terbang tinggi, Bila ilmu pelaburan terus dipelajari, Bertindak mengikut kemampuan diri :-)

2 comments:

  1. terima kasih sebab berkongsi ilmu.. rasa mcm nk suruh je y lain balik supaya sy blh 'drill' speaker untuk cerita tiap satu soalan y sy nk tanya, tapi segan nk tanya depan org lain.

    Tamak kan? :) terima kasih sekali lagi

    ReplyDelete
  2. Sama2 Cik. Saya berkongsi pengalaman saya jeee. Nak berjaya memang kena "tamak".......... tamak apa? tamak ilmu :-)

    ReplyDelete