Thursday, October 31, 2013

TARIKH DAN LOKASI TERPAKSA DIUBAH UNTUK MINI SEMINAR

Assalam kawan-kawan, tuan-tuan dan cik puan. Semoga kita semua sihat dan bahagia, kaya dan berjaya.

Alhamdulillah. Banyak saya terima SMS dan PM bertanyakan tentang Mini Seminar “Rahsia Pekerja Banyak Rumah” pada 10 November 2013 (Ahad).

Dukacita dimaklumkan saya terpaksa tukar tarikh dan lokasi seminar ini disebabkan masalah yang tidak dapat dielakkan. Orang booking habis bilik seminar. Ini yang buat saya nak beli office lot untuk ada office dan bilik seminar sendiri :-)

Saya memohon maaf dan saya akan maklumkan melalui SMS dan PM untuk peserta-peserta yang telah berdaftar. Jika tak boleh hadir pada tarikh di bawah, tuan-tuan dan cik puan boleh hadir untuk sesi akan datang. Kalau nak wang dipulangkan pun boleh. SMS dan PM saya je. Macammana pun tak paaa :-)

Tarikh dan lokasi baru adalah seperti berikut :

Tarikh : 16 November 2013 (Sabtu)
Masa : 9 pagi – 1 tgh
Lokasi : B-Suite Hotel, Bukit Jambul, Penang.

Insyaallah dalam Mini Seminar ini saya akan tunjukkan BAGAIMANA :
1. Bagaimana memilih lokasi di Penang dan Seberang untuk membeli rumah pelaburan?
2. Bagaimana untuk mudah mendapat kelulusan pinjaman bank?
3. Bagaimana untuk menyewakan atau menjual rumah anda dengan keuntungan yang berbaloi?

Cukuplah 3 benda ni. Sebab yang penting dalam pelaburan hartanah 3 benda ni jeee…
1) Kat mana nak beli?
2) Macammana nak apply loan dan tips untuk loan approve dengan mudah?
3) Lepas beli rumah tu nak buat apa?

YURAN PENDAFTARAN :

Daftar seorang RM50
Daftar 3 orang RM100

Maybank 107117387434, CIMB 07090007697054 atas nama Yusman Yonos
& SMS maklumat transaksi (nama penuh, tarikh, masa, amaun) ke 012-410 3261.
TERHAD UNTUK 50 ORANG PESERTA TERAWAL SAHAJA !!!

Orang Miskin Banyak Rumah : TOPIK KHAS sempena Budget 2014 juga akan saya kongsikan:
1. Apakah strategi yang boleh diguna untuk pelaburan hartanah bila RPGT 30% berkuatkuasa?
2. Apakah kesan bila DIBS dimansuhkan?
3. Apakah MASALAH DAN PELUANG yang boleh kita boleh dapat?

Insyaallah saya akan ulas panjang nanti.

No comments:

Post a Comment