Tuesday, October 8, 2013

HOUSING LOAN (PART 3/3 - dah habis la bab ni)


Jom kita sambung cerita Housing Loan ni :

Pasal apa loan rumah kena ambil paling lama untuk rumah sewa. Ingat ye tuan-tuan dan cik puan, bayaran bulanan kita kat bank biasanya tetap. Kalau sebulan RM500, kita bayarlah RM500 tu sampai tamat tempoh pinjaman kecuali kalau interest naik secara tiba-tiba yang jarang-jarang berlaku. Tetapi, aku ulang.... tetapi...., pernah dengar tak sewa rumah makin turun dari tahun ke tahun. Mana ada. Makin naik lagi ada.

Apa yang best teknik ni ialah tiap-tiap bulan kita bayar RM500 selama tempoh pinjaman katakan 30 tahun. Agak-agak tuan-tuan dan cik puan selama 30 tahun tu adakah sewa rumah tetap je. Pasti naik kan. Ingat teknik ni : Bayar loan yang jumlahnya sama je setiap tahun, tapi sewa rumah confirm naik setiap tahun. Beza jumlah ni lah keuntungan kita.

Sapa kata tak boleh buat duit dengan hartanah, aku pun tak paham. Kalau ikut logik akal untuk contoh ni, yang best ialah kita dapat 3 faedah dengan buat satu kerja saja iaitu bagi sewa rumah kita.
Faedah 1 : Rumah kita tapi sapa yang bayar loan rumah tu? Tolong jawab sat.
Faedah 2 : Belen duit sewa selepas bayar loan tu kira duit apa? Tolong jawab sat. Kalau tanya aku itu namanya Duit BUTA :-)
Faedah 3 : Agak-agak rumah kita tu lepas loan kita habis dibayar oleh penyewa kita selepas 30 tahun, berapa harga dia? Dahlah dapat rumah free, harga pulak naik 2 ke 3 kali ganda :-)

Harap-harap hangpa semua paham la 3 faedah ni. Penat aku cerita :-). Kalau tak paham jugak, mintak tolong anak yang sekolah menengah baca dan suruh dia terangkan apa yang aku dok merepek ni :-)

Ingat ye kawan-kawan, harga rumah kalau naik, sewa pun ikut naik. Gaji naik, sewa pun naik. Petrol naik, sewa naik. Harga barang naik, sewa naik. Contoh : kita bayar loan RM500 sebulan tahun 2013 dan bagi sewa rumah RM500. Petrol naik 2 kupang (20 sen), kita naik sewa 10% tahun depan. Sewa baru jadi RM500 + RM50 = RM550. Tahun 2015, apa benda ka lagi naik, kita naik 10% lagi jadi RM550 + RM55 = RM600 (diskaun RM5). Agak-agak laa takkan la... RM5 pun nak berkira. Kita bukan kedai mamak. Tapi aku senyum jeee kalau teh tarik dan roti canai naik harga. Itu penanda aku kena naikkan sewa rumah-rumah aku (mood : happy gila).

Orang Miskin Banyak Rumah : Terima kasih sudi baca perkongsian aku ini. Harap dimaaf kalau ada terguris hati. Jangan lupa daftar sesi perkongsian aku nanti. Cepat daftar takut orang lain duduk di kerusi, hangpa terpaksa berdiri. :-)

2 comments:

  1. Perkongsian yang simple tapi menarik kepada semua. Rasanya semua akan faham dengan penerangan bersahaja Encik Yusman. Teruskan niat murni Encik Yusman tu..:)

    https://alwaangallery.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. Terima kasih Tuan Ridhwan. Blog tuan pun best dan penuh informasi :-)

    ReplyDelete