Sunday, October 6, 2013

SEMOGA AKU TIDAK BERDOSA LAGI

Assalam kawan-kawan. Hari ni aku memanfaatkan masa 10 jam (8am-6pm) menghadiri Workshop Dunia Pelaburan di Hotel Sunway Seberang Jaya. 3 orang speaker hebat berkongsi kepakaran masing-masing dalam Pelaburan Emas, Pelaburan Saham, Pelaburan Hartanah.

Best seminar ni pasal yuran dia RM50 jeee. Seminar sehari yang termurah aku hadiri. Seronok menimba ilmu pelaburan lagi dan lagi walaupun aku dah terlibat dalam ketiga-tiga pelaburan ni lama dah.

Inilah kerja aku setiap hari Sabtu dan Ahad. Isnin hingga Jumaat aku bekerja makan gaji macam orang biasa. Sabtu dan Ahad aku mendalami ilmu bisnes dan pelaburan untuk menjadi orang luar biasa. Kalau tadak kelas/seminar/workshop aku akan menyiapkan apa-apa yang tak siap untuk rumah-rumah aku. Baik yang nak disewakan mahupun yang nak dijual. Hari-hari lepas Maghrib, masa untuk family. Time ni janganlah ajak aku keluar.

Untuk worksyop hari ini, aku agak terkejut dengan banyaknya soalan dari para hadirin untuk sesi pelaburan hartanah. Ramai yang tak tahu rupanya pasal pelaburan ni dan aku berasa amat kesian. Rasa macam nak berdiri tolong jawab jee soalan-soalan mereka. Ramai yang masih tak faham konsep beli rumah tanpa modal, faedah refinancing untuk tambah rumah, pentingnya beli rumah walau kecil tapi boleh bagi sewa daripada rumah besar tapi susah nak bagi sewa, makan gaji pun boleh beli rumah lebih dari satu, konsep OPM (guna duit bank), pentingnya ada profil yang baik untuk loan lulus dengan mudah, macam-macam lagilah....

Disebabkan aku dah rasa berdosa sebab tak membantu bangsa aku dalam pelaburan hartanah, maka aku pun tak mau bertangguh lagi dan ingin membuat perkongsian ilmu pelaburan hartanah pada 20 Oktober 2013 (Ahad). Jam 10pagi-12 tengahari. Bertempat mungkin di Hotel Seri Malaysia, Bayan Baru, Penang. Nanti aku confirmkan tempatnya. Sesi ini adalah percuma. Aku ulangi PERCUMA. Apa yang aku akan kongsi :

1. Rahsia aku yang masih bekerja tapi aset hartanah berjuta.
2. Pengalaman aku dalam urusan jual beli lebih dari 30 buah rumah (flat, apartment, kondo, rumah teres). Beli dari developer, subsale, lelong.
3. Rahsia menjadi kaya dengan pelaburan hartanah (Pasif income dan Capital appreciation).
4. Bagaimana aku boleh membantu orang yang masih bekerja untuk ada banyak rumah.

Sesi perkongsian ni hanya untuk mereka yang serius mahu memiliki lebih dari 1 rumah. Jika kawan-kawan berminat sila PM saya segera :

1. Nama penuh
2. No HP
3. Email address

Untuk 10 orang rakan Facebook (yang tinggal di Penang) yang terawal PM saya sahaja. Maaf saya tak boleh terima lebih dari 10 orang.

Orang Miskin Banyak Rumah : Semoga apa yang aku akan kongsi nanti mampu membuatkan aku rasa tidak berdosa lagi kerana telah berkongsi ilmu pelaburan hartanah ini. Amin.

No comments:

Post a Comment