Monday, September 30, 2013

Rahsia Terbongkar : Siapa Orang Miskin Banyak Rumah?

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Terima kasih kerana sudi menjengah ke blog "orang miskin" ni.

Izinkan saya perkenalkan diri secara ringkas agar kita lebih kenal mengenali dan dapat menguatkan ikatan ukhwah apabila kita telah saling mengenali nanti.

Nama saya Yusman Yonos.

Kepakaran saya ialah membantu menyelesaikan masalah orang yang takut untuk beli rumah lebih dari satu yang mana rumah adalah suatu pelaburan yang amat menguntungkan. Ramai orang terutamanya orang melayu masih menyew dan masih belum ada rumah sendiri. Ramai tak tahu harga rumah semakin naik dan sentiasa naik, macam mana cara nak beli rumah dengan kos permulaan yang rendah, hutang banyak dengan bank tapi kita jadi kaya raya.

Alhamdulillah. Hari ini saya bersyukur ke hadrat Ilahi kerana walaupun masih makan gaji menempuh kesesakan jalan raya selama 16 tahun dengan gaji yang ciput dan cenonet, saya kini mempunyai aset hartanah bernilai jutaan ringgit di Pulau Pinang. Dulu, saya hidup susah dengan gaji bapa sebagai buruh sahaja. Kami 6 sekeluarga tinggal di flat 1 bilik macam sangkar merpati. Bapa dicemuh kerana pindah dari rumah quarters percuma ke flat kecil 300 sqft dengan berhutang. Saya membesar di kawasan yang dikenali sebagai "black area". Ramai kawan-kawan saya yang terjebak dengan dadah. Banyak dugaan dan cabaran yang saya tempuhi di alam kanak-kanak dan remaja.

Dalam perjalanan saya sebagai seorang pelabur hartanah, banyak pengalaman pahit sebelum berjaya. Saya pernah hampir dipukul di hadapan anak dan isteri saya sendiri oleh tuan rumah yang rumah beliau saya beli secara lelong. Saya juga pernah diugut bunuh beberapa kali oleh orang-orang yang marah rumahnya saya beli secara lelong. Bayangkan hidup saya ketika itu. Mengalir air mata ketika saya menulis ini.

Alhamdulillah, kini saya nampak jelas kehebatan pelaburan hartanah walaupun dengan gaji ciput sebagai pekerja kilang tapi saya mampu memiliki beberapa buah rumah yang bernilai jutaan ringgit sekarang. Saya ingin berkongsi rahsia yang saya pendam selama 16 tahun ini kepada pekerja yang makin gaji ciput mahupun cenonet macam saya. Saya ingin tuan-tuan dan cik puan, adik-adik saya berjaya juga. Bak kata guru saya, di mana kita berada sekarang tidak penting, di mana kita akan berada nanti itu yang penting. Semoga coretan di blog saya nanti dapat menambah nilai hidup anda semua.

Yusman Yonos (Orang Miskin Banyak Rumah) -30 Sept 2013-

9 comments:

  1. Harap dapatlah diberi komen yang jujur untuk blog saya dari segi persembahan, isi kandungan, perkataan yang digunakan dan lain-lain. Takut ada yang terguris hati dan terluka perasaan. Insyaallah akan saya perbaiki di post yang akan datang.

    Semoga usaha saya yang kerdil ini dapat membantu dan memberi inspirasi kepada orang lain. Amin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin....! sila off word verification. heheheheh...

      Delete
    2. Dah off dah zonaku. Terima kasih tolong feedback :-)

      Delete
  2. Salam abg yusman, selamat datang ke dunia blog.

    Set kan gaya dan jenis penceritaan dlm blog. InsyaAllah akan ramai y singgah nanti. Cuma satu, seeloknya jangan minta blogger lain ikuti blog kita. Tinggalkan komen do blog lain x apa, cuma jgn 'ajak' secara langsung untuk kunjungan balas.

    Moga terus kaya n berjaya.... juga dipermudahkan urusan menambah nilai hidup org ramai :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih zonaku atas nasihat yang berguna ini untuk orang miskin banyak rumah yang baru belajar berblogging. Saya doakan zonaku bertambah sihat dan bahagia, kaya dan berjaya.

      Delete
  3. Terima kasih Yusman... Satu permulaan dan perkongsian yg berguna... harap dapat dikongsikan lebih banyak pengalaman dan ilmu yang berguna dalam blog ini... Saya doakan Yusman sihat zahir dan batin, bahagia, kaya dan berjaya.

    ReplyDelete
  4. Insyaallah Tuan Hazly. Terpaksa berkongsi lepas seminar IJI tempohari. Dulu menyepi dan menyendiri, dengan ilmu dan pengalaman kurniaan Ilahi. Kini tidak lagi, selepas sedar adanya bakat ini. Hidup di dunia biar berbakti, agar menjadi amal jariah di akhirat nanti, jangan ditanya nanti bila sudah mati, mengapa ilmu tidak dikongsi?

    ReplyDelete
  5. Terimakasih yusman kerana berkongsi tips. Apa tips yang pertama? Saya kurang arif dari segi kewangan ni.

    ReplyDelete
  6. Assalam zamroh. Apa khabaq? Tips pertama : Berapa banyak gaji kita tidak penting, apa yang kita buat dengan gaji kita itu lebih penting :-)

    ReplyDelete