Monday, January 20, 2014

BELAJAR DARI KESILAPAN



Assalam sahabat2 dan kawan2. Semoga kita tabah dalam menghadapi apa jua dugaan dan cabaran untuk capai kejayaan.

Alhamdulillah. Syukur. Hari ni bayar bil termahal dalam sejarah hidup. Bil air berjumlah RM1,014 untuk satu rumah sewaku.

Kesilapan sendiri dan aku pun redha dengan apa yang terjadi. Nak buat rayuan tak dilayan. 

Alasannya benda yang kita nampak. Kalau tak nampak pun, dapat diskaun separuh je bil tu.

Ada yang aku setuju dan tak setuju.

Sejak dua menjak ni selepas mendalami banyak ilmu2 tentang erti "kaya" yang sebenar, banyak masalah aku nampak kecik saja. 

Dulu belajar nak jadi kaya. 
Sekarang belajar erti "kaya".
Kaya harta, Kaya jiwa 

Agak-agak apa sebab yang bil air jadi sampai banyak tu? 

Adakah "sebab" itu dapat menyelamatkan duit sahabat2 dan kawan2.

PBBR : Ada hikmah bayar bil sebanyak ni hari ni. Pasal kelmarin untung kaunter PBA (Pihak Berkuasa Air) ROI 4.5% 2 hari. Beli hari Jumaat jual kelmarin. 

"Setiap yang berlaku ada hikmahnya"

No comments:

Post a Comment