GAJI BIASA + UNTUNG JUAL RUMAH + UNTUNG SEWA RUMAH = NAMPAK MISKIN TAPI KAYA
============================================================================
Assalam kawan-kawan, tuan-tuan, cik puan.
SESI MOTIVASI SEBELUM KITA TIDUR MALAM INI :-)
GAJI RM2,000 + RM24,000/12 BULAN + RM500 = RM4,500
Kalau nak rasa ada banyak duit, anggap gaji kita masih RM2,000. Lagi RM2,500 tu, kita beli rumah lagi dan lagi. Hiduplah dengan gaji RM2,000.
Jangan pulak teringin nak tukar kereta baru, pi melancong makan angin selalu, belanja ini dan belanja itu...
Biar orang kesian tengok kita pi kerja naik motor, pakai kancil second hand beli cash, nampak miskin dan hidup susah.
Orang lain tengok kita tak paham - gaji banyak tapi hidup macam tak cukup makan :-)
Tapi kita sebenarnya yang kesian kat orang – orang yang kesian kat kita tu. Orang –orang yang “nampak” macam kaya dan berjaya :-)
*Orang-orang yang bila sembang, pokok pun boleh tumbang, dengaq dia punya sembang. Kesian….
*Orang-orang yang bila sembang, dari pagi sampai petang, burung pun dah balik sarang. Kesian….
*Orang-orang yang bila sembang, dia lah pandai semua bidang, semua topik boleh bersidang. Kesian…
*Orang-orang yang bila sembang, tak keluaq duit sekupang, modal air liur free saja kan. Kesian…
Pekerja Banyak Rumah : Aku kalau nak sembang, sembang kosong aku tak layan, sembang buat duit aku pasti layan, sembang nak jadi kaya aku alu-alukan, sembang nak berjaya aku boleh sampai tak makan :-)
Inilah aku 16 tahun yang dulu, gaji cuma dua ribu, tapi yakin cakap orang tua dulu-dulu, beli rumah jangan tunggu, biar susah-susah dahulu, bersenang-senang selepas itu, setelah rumah kita miliki satu demi satu, sabar dan tidak kenal erti jemu, Insyaallah usaha kita Allah bantu…. :-)
SYUKUR YA ALLAH, BERKATILAH ILMU DAN PENGALAMAN YANG ADA PADAKU, AGAR ORANG LAIN DAPAT AKU BANTU, DENGAN MINI SEMINAR AKU, JADI KAYA BELUM TENTU, INSYAALLAH MASALAH DUIT TIADA LAGI SELEPAS ITU... :-)
No comments:
Post a Comment