Friday, December 20, 2013

ADAKAH ANDA TUAN RUMAH?


Assalam kawan-kawan. Semoga kita semua sihat dan bahagia, kaya dan berjaya.

Alhamdulillah. Syukur. “Kita masih boleh menaip dan post di Facebook dan Blog di kala ada orang lain yang tidak dapat menggerakkan jari dan tangannya.”

Ini ayat peringatan untuk diri saya sendiri dan juga kawan-kawan yang bergelar Tuan Rumah atau Landlord :

“Never feel sorry for your tenants, because they will never feel sorry for you.”

Jangan dok rasa kesian pada penyewa kita kerana mereka tidak akan pernah rasa kesian pada kita

Bunyi macam kasar, tapi inilah hakikatnya.

Biar kita tegas, agar kita tidak dikilas.

Biar nampak mesra, tapi rumah mesti dijaga.

Biar senyum manis, tapi cukup bulan mesti bank in.

Biar rumah kosong, dari bagi orang duduk free.

OMBR : Jadilah Tuan Rumah yang penyewa suka, bagi buah tangan sekali sekala, Buah tangan RM10 apa sangatlah, Hamper RM50 setahun sekali bila raya, Kalau ini tak boleh buat jangan bicara nak jadi tuan rumah dan nak ada banyak rumah ;-)

Saya doakan semua pembaca blog saya akan mengorak langkah membeli rumah satu demi satu demi satu demi satu dan JELAS arah yang nak dituju. Ameeen ;-)

No comments:

Post a Comment