Thursday, December 18, 2014

MEMBUAT KEPUTUSAN

Bukannya mudah untuk membuat keputusan.
Keselesaan juga menjadikan hidup kita bosan.
Apatah lagi bila kita sudah berasa selesa.
Buat benda sama tapi mengharapkan hasil berbeza.

Bila ada sedikit mahupun banyak cabaran.
Itulah sebenarnya warna warni kehidupan.
Cabaran akan datang dan juga akan pergi.
Hanya yang tabah dan sabar sanggup hadapi.

KLezcar Car Rental.
Toll Free : 1-300-88-4040
Penang Branch :
Air Hitam 013-2583232
Sungai Ara 019-7325454

Sewa jee kereta untuk kemudahan perjalanan anda walau di mana jua berada.

Tuesday, February 18, 2014

MULAKAN SAJA. KESEMPURNAAN MILIK ALLAH

MULAKAN SAJA. KESEMPURNAAN MILIK ALLAH
====================================================

Lama pulak rasanya saya tak bermadah seloka ;

Jangan tunggu sempurna untuk bermula
Nak tunggu sempurna bila nak mula
Tunggu itu mudah bermula itu payah
Apa tunggu lagi Jom Bangkit kita mula


Mula mula kita buat dan redah saja
Sambil sambil tu tambahlah ilmu di dada
Pergi kelas dan seminar di mana mana
Wang masa tenaga itu pelaburan kita


Jangan kisah pandangan orang kat kita
Pandangan Allah itu yang lebih utama
Asyik dok kira pandangan orang saja
Pi mai pi mai kita dok tang tu juga

Pekerja Biasa Banyak Rumah :

Nanti kita berseloka secara bersemuka hari sabtu ni di mini seminar "Rahsia Pekerja Biasa Banyak Rumah" ;-)

Saturday, February 8, 2014

TEPUK DADA TANYA SELERA

Assalam kawan2 dan sahabat2. Semoga kita semua dalam perlindungan Allah selalu.

Semalam berpeluang bersembang dengan sahabat lama over the phone. Meminta pendapat dan pandangan tentang rumah yang ingin dibeli dan pelaburan yang hendak dibuat. 

Rumah di kawasan pelancongan untuk dibuat homestay.
Soalan2 yang perlu ditanya:
1. Siapa yang akan menguruskan homestay tersebut?
2. Berapa cepat kita boleh sampai kat rumah tu jika kita perlu berada di sana?
3. Berapa malam homestay itu akan dipenuhi dalam sebulan?
4. Apakah matlamat sebenar membeli rumah di situ? Homestay, sewakan sebulan atau kita yang nak tinggal sebulan sekali atau 2 kali?
5. Kadar kenaikan harga rumah dan harga sewa kawasan tu. 
6. Tanya dan terus tanya lagi. Jika jawapan yang kita berikan pun tak meyakinkan kita kenapa kita nak beli rumah kat situ, itu tandanya......:-)

Pekerja Biasa Banyak Rumah :

Saya lebih suka beli di kawasan yang dekat dengan tempat tinggal saya. 30 minit ke 1 jam dah sampai. Saya fokus 3 kawasan yang saya kenal sangat. 

Tuesday, February 4, 2014

MINI SEMINAR ‘RAHSIA PEKERJA BIASA BANYAK RUMAH”

Assalam kawan2 dan sahabat2. Semoga kita semua sukses selalu.
Bagi yang bertanya saya ada buat seminar lagi tak? Diharap tarikh-tarikh di bawah dapat membantu.

Tarikh : 16 Feb 2014 (Ahad)
Masa : 8.30pagi – 5petang
Lokasi : Dewan Merbau, Seksyen 17, Shah Alam, Selangor
Penceramah : Encik Yusman Yonos aka Pekerja Biasa Banyak Rumah
Pendaftaran : Encik Muriza 014-605 8697, Encik Azlan 012-374 7767

Tarikh : 22 Feb 2014 (Sabtu)
Masa : 9pagi – 1petang
Lokasi : Hotel B-Suite, Bukit Jambul, Penang
Penceramah : Encik Yusman Yonos aka Pekerja Biasa Banyak Rumah
Pendaftaran : Encik Zairy 012-517 6189, Encik Syamil 019-552 8934

Apakah RAHSIA yang akan dikongsi :
1. Rahsia orang kaya : Orang kaya beli aset, orang miskin beli liabiliti
2. Rahsia memilih lokasi : Senangnya jual rumah, senangnya sewakan rumah
3. Rahsia Loan senang lulus : Gaji ciput, boleh pulak beli banyak rumah
4. Rahsia nak cari modal beli rumah : Jangan tunggu untuk beli rumah, beli rumah dan tunggu harganya naik….menggila
5. Angka Keramat 13 Yang Buat Pekerja Biasa Gila Gila Dengan Rumah

In sha Allah akan saya berkongsi ilmu dan kepakaran.
Juga 16 tahun pengalaman dalam pengurusan kewangan dan pelaburan.
Membantu menyuluh jalan buat yang teraba-teraba dalam kegelapan.
Menyuntik keberanian buat yang ketakutan untuk melangkah ke hadapan.
Melebarkan sayap agar kita mampu terbang tinggi seperti helang bukannya ayam.

PBBR :
Mari kita jadi seperti si penyu yang bertelur beribu-ribu, menangis keseorangan, pulang sendirian, merentasi lautan dalam.
Jangan kita jadi seperti si ayam yang bertelur hanya sebiji, riuhnya sekampung, telurnya digoreng, dirinya menjadi hidangan.

Sunday, January 26, 2014

PENGURUSAN KEWANGAN TOPIK MEMBOSANKAN

Pelaburan Hartanah dan Pengurusan Kewangan. Ibarat irama dan lagu tidak dapat dipisahkan. 

Andai dipisahkan maka pincanglah ia. Pinjaman rumah tak berbayar akhirnya dilelong bank jua.  Nama peminjam mungkin diblacklist pula. 

Maka bermulalah episod pinjaman bank tidak lagi menjadi sebutan. Pinjaman bank yang pada mulanya manis akhirnya pahit untuk ditelan. 

Ramai orang nak kekayaan tapi jalan yang dipilihnya jalan hitam. Wang pelaburan akhirnya menjadi peleburan. 

Bila ilmu pelaburan tiada, maka serigala menunggu si kambing untuk dibaham. Pulangan menarik pung pang pung pang akhirnya tenggelam tiada lagi kedengaran.

Minat gila pada pelaburan dan perniagaan, tapi tidak mahu ambil pusing pengurusan kewangan. Akhirnya aliran wang tiada catatan. Wang masuk wang keluar ikut keadaan. Tiada sistem tiada kawalan. 

Pekerja Biasa Banyak Rumah :
Sedikit wang bila bijak dilaburkan maka bertimbunlah ia.
Banyak wang bila gagal diuruskan maka habislah ia. 

Berapa ringgit kita ada tidak penting, apa yang kita buat dengan ringgit itu itu yang penting. 

Salam kejayaan dan kekayaan buat semua kawan2. Semoga esok menjanjikan seribu keindahan sejuta kegembiraan buat kalian. Ameeeen

Friday, January 24, 2014

CERITA RUGI RM30K DALAM PELABURAN HARTANAH (PART 3)



Assalam kawan2 dan sahabat2. Semoga kita semua sihat dan bahagia, kaya dan berjaya. 

Alhamdulillah. Syukur. Kita masih dapat menikmati kedinginan yang jarang jarang berlaku di negara kita di kala ada ramai insan lain yang seagama dengan kita di Syria sana menggigil kesejukan yang kesejukannya mampu menyebabkan anak2 kecil dan orang2 tua mati kesejukan. 

Ya Allah. Engkau bantulah saudara2 seagamaku di Syria sana. Ameeen. 

Kita sambung cerita Part 3. 

Rumah aku beli pada harga RM240k, loan mark up RM280k, loan 90% dapat RM252k. 

Jadi aku beli rumah ni semua pakai duit bank. Duit aku sendiri, aku tak guna langsung.

Kunci dah ku ambil sebaik sign s&p pasal aku sambung sewa RM500 dari tuan rumah selama 3 bulan. Duit sewa pun pakai duit bank yang ada belen lagi.

Kini tiba masanya aku cantikkan rumah ni pasal aku nak jual dalam masa setahun. 

Aku kenal seorang kontraktor muda ni yang renovate rumah saudara aku. Hasil kerja pun boleh tahan. Aku mintak dia renovatekan rumah aku. 

Jeng jeng jeng. Perkenalan inilah yang menghanguskan duit aku RM30k. 

Inilah juga pengalaman aku buat major renovation untuk sebuah rumah. Sebelum ni minor2 punya renovation dan make over atau touch up sikit2 je. 

Kesilapan pertama aku, aku tak beli barang renovation sendiri. Aku bayar duit kat dia untuk barang dan upah sekali. No clear segregation.

Tapi aku buat progresif payment, lepas settle satu benda baru bayar duit seterusnya untuk benda lain pulak. Still kena tipu jugak.

Kesilapan kedua aku, tak tengok, tak tanya, tak ambil resit untuk barang yang dia beli. Main percaya jeee. 

Kesilapan ketiga aku, baik sangat dengan orang yang baru kenal. Dah lah rumah tak siap, aku boleh pulak tolong buatkan surat permohonan pinjaman TEKUN dan MARA untuk dia. 

Pekerja Biasa Banyak Rumah :
Panjang jugak cerita ni.  Ingat kan boleh habis. Kita sambung Part 4 nanti yeee.

Wednesday, January 22, 2014

MEMBERI, BERKONGSI REZEKI, ALLAH TAMBAH LAGI



"Saya ada 1 rumah. Tapi dah di fully furnishkan. Tinggal nak bawak kain baju je. Rumah pun dah dijual."

"Sementara tunggu proses jualan selesai saya cadang nak buat homestay rumah ni. 1 malam RM150."

"Akak tolong bagi kunci, amik kunci dan kemaskan rumah bila penyewa homestay dah check out. Akak ambil RM50. Akak bagi saya RM100."

"Kalau dapat 10 malam, akak dapat la RM500. Duduk rumah jeeee dan pas-pas kunci jeee"

Pekerja Biasa Banyak Rumah : 
Inilah antara bait2 perbualan aku dengan akak jiran untuk rumah yang dah ku jual. Akak suri rumah sepenuh masa tersenyum riang untuk membantu.
Si Suami mengangguk faham dan mengangguk setuju.

Aku bantu dia dan dia bantu aku. Sama2 untung, sama2 berkongsi rezeki. Barulah Allah tambah rezeki lagi. Ameen